Wednesday, July 17, 2019

Beli Hijab dan Tudung MyPapillon di Online Tudung Store Malaysia - MyPapillon

MyPapillon merupakan jenama Malaysia tudung bermula pada bulan Julai tahun 2018 dan mula beroperasi secara atas talian dengan rasminya pada 1 Januari tahun 2019. MyPapillon bermula apabila pengasas menyedari bahawa tudung atau selendang yang menggunakan fabrik premium dengan jahitan hiasan dan perincian halus hanya boleh didapati di butik pereka fesyen terkenal walaupun terdapat banyak jenama tudung di atas talian mahupun butik di Malaysia.




Daripada pemerhatian terhadap gaya pemakaian tudung dan juga pemilihan kain dan bentuk tudung masa kini, terdapat banyak ruang yang masih belum diterokai oleh jenama tudung yang dijual dalam talian. Suka akan tudung atau selendang menggunakan fabrik premium dengan hiasan mewah dan perincian halus, pengasas dan suami memulakan MyPapillon kerana keinginan untuk membawa kemewahan kepada orang ramai melalui platform dalam talian dengan harga yang berpatutan.



MyPapillon menawarkan tudung dan selendang yang menggunakan kemasan dan perincian yang dijahit sepenuhnya. Niat dan tujuan MyPapillon adalah untuk memberikan umum pilihan tudung atau selendang yang berperincian halus yang dijahit sepenuhnya pada harga yang berpatutan. Kebanyakan tudung-tudung dipasaran menggunakan juga perincian mereka tersendiri tetapi kebanyakannya menggunakan teknik heatpress tapi bukan MyPapillon. Pada masa kini, pembeli boleh mendapatkan koleksi limited edition kami di www.mypapillon.my. Melalui MyPapillon, kami membawa pilihan hijab koleksi limited edition yang menampilkan hiasan dan kemasan halus seperti renda, bunga 3D, manik, batu berharga, bulu burung, labuci dan juga mutiara yang eksklusif kerana koleksi dan warna hanya dibuat dalam beberapa helai sahaja untuk menjamin sifat eksklusifnya. Tudung MyPapillon tidak berkompromi dengan kualiti dan menawarkan pada harga yang berpatutan.

Baca Lagi: