Wednesday, July 17, 2019

Tudung Bawal, Shawl Labuh, dan Selendang yang moden pada masa kini

Semua wanita inginkan kelainan dan penampilan yang menarik terutama ketika waktu pejabat dan waktu menghadiri majlis-majlis rasmi dan sosial. Untuk kelihatan moden, pemilihan tudung perlu yang kemas dan cantik dengan sedikit perincian yang mewah. Shawl labuh Malaysia yang moden direka khas oleh MyPapillon ialah koleksi edisi terhad seperti Glimmer Pearly gold, Glimmer Pearly silver, Glimmer Glitz, Glimmer Florale, Glimmer Fleur, Glimmer Bloom, Angelic Peacock dan Angelic Polkadot. Semua selendang ini dijahit sepenuhnya tanpa menggunakan teknik heatpress untuk memastikan kekuatan dan kekemasan jahitan. Setiap koleksi juga didatangkan dalam jumlah terhad dalam beberapa warna tertentu bersesuaian dengan nama koleksi ini Edisi Terhad. Perincian yang digunakan dalam setiap koleksi Edisi Terhad adalah seperti bulu burung, batu kristal, manik-manik, sequin dan 3d metal floral. Kepada wanita yang inginkan kelainan, inilah koleksi yang wajar diberi perhatian. Koleksi ini didatangkan dalam dua bentuk: yang pertama ialah shawl labuh Malaysia dan yang kedua ialah tudung bawal moden.




Selain daripada koleksi selendang ini, tudung bawal moden juga seperti instant shawl Allure dan Mademoiselle sangat diminati oleh generasi hijabista kerana kelainannya dan kelebihan reka ciptanya. Instant shawl labuh Mademoiselle ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan gaya moden tetapi juga dapat menjimatkan masa dalam penggayaan.


Sekiranya instant shawl labuh Mademoiselle ini sangat moden dari segi penggayaan, instant shawl labuh Allure lebih menawan hati dengan kedutan pada bahagian bahu pemakai. Kedutan yang dijahit sangat terperinci membuatkan pemakai nampak lebih ayu dan lembut. Ketiga-tiga koleksi Edisi Terhad, instant shawl labuh Mademoiselle dan Allure menggunakan jenis fabrik matte sateen silk yang selesa untuk dipakai setiap hari.


Baca Lagi :